Sunday 13 May 2012

ICT DALAM BIDANG KEJURURAWATAN

Jururawat dalam bidang penjagaan kesihatan, adalah seseorang yang bertugas sebagai penjagaan profesional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.
Jabatan kejururawatan adalah (plan penjagaan jururawat, plan penjagaan), kadang-kadang memerlukannya bekerjasama dengan ahli fizik, ahli terapi,pesakit, keluarga pesakit dan rakan sejawat.

Kebaikan perkembangan ICT didalam bidang kejururawatan
1.    Tingkatkan kecekapan dan keberkesanan system penyampaian kepada pelanggan contohnya dalam laman web kerana ianya adalah salah satu saluran dalam menyampaikan perkhidmatan yang ditawarkan. Secara tidak langsung penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi  (ICT) kea rah menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan telus.
2.    Dengan adanya penggunaan internet, ia dapat mengubah dan meningkatkan kualiti dalam bidang   kejururawatan dimana dengan adanya pengubahan dan pengenalan teknologi dalam bidang sains dan kejururawatan  telah menjadikan persekitaran bekerja yang lebih selamat, selesa dan lancar.
3.    Perubahan teknologi ini turut dapat memastikan penjagaan pesakit yang lebih telus dengan menyingkatkan tempoh masa untuk dokumentasi dan mengaksess data dengan pantas. Komputer meningkatkan ketepatan dalam mendokumentasi. Penggunaan komputer dan sistem informasi dapat membantu jururawat dalam membuat keputusan tentang pengurusan dan isu penjagaan pesakit dengan lebih terancang.
4.    Seiring dengan peningkatan teknologi yang telah dibawa ke dalam sistem jagaan kesihatan, kini penggunaan pelbagai software telah wujud dalam setiap kemudahan jagaan kesihatan serta rekod perubatan telah berubah daripada kertas kepada elektronik.Sebagai contoh, kegunaan teknologi ini termasuklah menghantar pesanan atau permintaan tertentu melalui komputer seperti bahan-bahan makmal atau bekalan yang diperlukan oleh unit-unit tertentu. Ia juga termasuklah mencetak lampiran ubatan yang jururawat perlukan untuk pemberian ubatan kepada pesakit. Para jururawat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menilai dan mendokumen jagarawatan pesakit, pendidikan pesakit serta menambahkan maklumat pendekatan dalam jagarawatan.
5.    Jururawat bekerja dalam kumpulan interdisiplin untuk membuat keputusan etika mengikut aplikasi teknologi melalui perolehan data. Teknologi perlu digunakan mengikut keperluan-keperluan pesakit. Ia telah menjadi lebih kepada tanggungjawab jururawat untuk mengetahui bagaimana untuk memberi nasihat dan memaklumkan kepada pesakit berhubung dengan teknologi dalam penjagaan kesihatan serta bagaimana untuk mencari maklumat yang releven dan boleh dipercayai oleh mereka. Jururawat menggunakan brosur dan pencarian maklumat melalui internet bagi membantu pesakit dalam memahami keadaan mereka. Ia juga digunakan bagi mencari sejarah perubatan pesakit dan merekodkannya serta maklumat yang tepat bagi memastikan jagarawatan yang sesuai dan optimum dapat diberikan kepada pesakit.

6 comments:

  1. Ya.. saya setuju dengan kenyataan diatas, dalam penerapan ICT dalam kejururawatan ini perlu disokong oleh minat dan kecenderungan jururawat itu sendiri menerokai ilmu ICT.ICT bukan sahaja untuk keperluan pesakit malah ia dapat menghubungkan interaksi antara pesakit dan jururawat yang lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Dengan adanya teknologi ini dokumentasi dapat dilakukan dengan lebih cepat dan sistematik tanpa memerlukan banyak masa.Jururawat seharusnya meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan mengenai ICT supaya ia seiring dan boleh mengikuti sesustu mengikut peredaran masa.
    ROZANI SULAIMAN(A134822)

    ReplyDelete
  3. Saya bersetuju bahawa penggunaan ICT dalam bidang perubatan dan kesihatan atau hospitaliti di kalangan jururawat dapat membantu jururawat melakukan jagarawatan ke atas pesakit dengan lebih efisien dan selamat. Di samping itu jururawat mendapat maklumat terkini mengenai jagarawatan pesakit.

    ReplyDelete
  4. Penerangan Cik Mai tentang ICT dalam kejururawatan amatlah menarik untuk kita kongsikan bersama, sememangnya pada masa kini seiring dengan kemajuan yang telah negara kita jangkaukan,adalah perkara yang patut kita titik beratkan agar semua manfaat dari ICt tersebut dapat kita aplikasikan didalam pengurusan dan penjagaan pesakit.
    Rosilawati Matsarip A134831

    ReplyDelete
  5. Salam..saya bersetuju dengan huraian anda di atas,mengenai penggunaan ICT dalam kejururawatan kerana ia dapat membantu melancarkan rutin tugasan harian seorang jururawat dalam melakukan proses rawatan dan jagarawatan kepada pesakit dengan mudah dan cepat.

    ReplyDelete
  6. Saya amat bersetuju bahawa membudayakan ICT di kalangan jururawat adalah satu keperluan di dalam memantapkan kualiti perkhidmatan kejururawatan di mana memerlukan kemahiran serta kepakaran khas di dalam bidang tersebut.Kita perlu bergabung tenaga dalam mencetuskan idea-idea untuk melakukan penambahbaikan demi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi melalui bidang kepakaran.
    SITI ROKIAH YUSOF ( A134816 )

    ReplyDelete